Tuesday, July 21, 2009

Assalamualaikum

Posted by Nur's Cookies at 8:03 PM
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya termakbul juga hasrat Nur's Cookies untuk mempunyai laman online sendiri bagi memasarkan dan mempromosikan produk-produk keluaran Nur's Cookies.

Harapan kami agar laman ini dapat menjadi medan bagi penggemar biskut-biskut dan kuih buatan Bumiputera yang ditanggung halal dan enak rasanya, untuk mendapatkan pelbagai jenis biskut dan kuih secara terus dari kami.

Untuk permulaan, pilihan yang ada mungkin terhad. Namun dari masa ke masa kami akan sentiasa berusaha untuk menambahkan pilihan sedia ada bagi memenuhi kehendak dan citarasa pembeli yang pelbagai. Jadi sudi-sudikanlah untuk melawat laman ini pada setiap masa bagi mengikuti perkembangannya.

Sehingga di sini dulu bagi post yang pertama. Selamat menjamu mata, manalah tahu kalau-kalau nanti tertarik hati nak membeli. Yang pasti, memang kami jamin enak rasanya. Beli dahulu, barulah tahu...

Wassalam..

0 comments on "Assalamualaikum"

Post a Comment

 

~Nur's Cookies~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez